Sunday 20 April 2014 | By: Unknown

Health Supplement - Gastrik

Gastrik...?
Apa itu gastrik sebenarnya? Ramai di kalangan kita tidak tahu apa itu gastrik dan apa tanda - tanda gastrik. Begini...
Gastrik ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut ataupun peptik pada lapisan sel yang paling dalam (lebih teruk dari gastritis.

Selalunya dirujuk kepada keadaan pertama (Gastritis).

Di antara tanda - tanda gastrik yang anda perlu ketahui adalah:
  1. Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen.
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa.
  4. Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
  5. Rasa mual (loya) dan muntah
  6. Hilang selera makan.
  7. Berat badan turun, najis menjadi hitam seperti tar, muntah mengandungi darah atau bewarna gelap seperti kopi (pada peringkat teruk).



0 comments:

Post a Comment